Tuesday, 21 May 2019

Journey at Top Glove.

Budak chemist lari bidang??

As a chemist student, kerja dekat top glove ni memang termasuk dalam list. Aku tak nak compare with other competitor la. Basically, top glove salah satu syarikat yang tawar kan basic yang tinggi dari market. Stress ke tak? Duduk rumah pun stress memikirkan hutang ptptn.. So, tak mahu cerita bab work-life balance dekat sini. Itu pendekatan masing2.

Process to get job at TG

1. Open Interview

Aku pergi open interview dekat TOP GLOVE ni akhir bulan 5 atau awal bulan 6. Macam mana aku tau ada open iv? Kawan ajak, kalo tak haram nak tau😂. Dia tau dari FB rasanya. Masa ni kerja dekat Texas Chicken lagi, try nasib la katakan.
Open iv dekat TG ada 3 step. 
1) Isi borang/maklumat diri. BMI (Healthy life dekat TG tu compulsory sebab BMI korang mempengaruhi bonus. Jangan memain)
2) Test (math, logical thinking)
3) IV ( time ni la demand and keluar kan segala mak nenek yang ko practice)

2. Second IV

Untuk second IV duration dia 2 bulan aku tunggu. Bagi email. Time ni kita jumpa dengan bakal SUPERIOR. Kilang dekat top glove ni banyak. So masa 2nd IV ni dah dibahagikan kilang tempat kita akan ditempatkan. Time ni dah selangkah ke TG ea. Tapi jangan confident sangat sebab ada je yang tak lepas.

3. Offer letter
2 minggu lepas tu dapat offer letter. Congrat..🤯memecahkan otak🤣



Aku ni chemist student tapi kerja officer production. Tak ada kaitan pun. Scope regarding manpower and operation. Sebab aku masuk TG pun berdasarkan pengalaman dekat Texas Chicken. Aku bukan jenis berhenti baru cari kerja. Dah dapat kerja baru hantar surat resign. Pepandai la nk buat ayat macam mana nak bagi company baru ko tunggu ko habis notis resign tu. Macam aku notis 2 bulan ok. 

Basic TG aku demand XK.. Sekali dapat. Rezeki la tu.. Other allowance, travelling, attendance, OT.. Pernah kerja 7 am-8.30pm.. Dalam 7 hari sebulan.. Yg lain OT sampai 6.30pm.. Tapi tak semua la.. Dah sampai malas dia.. 4.30 pm aku terus blah.. Bulan tu hectic sebab bnyak audit.. Aku pernah dapat 3.9K, tak tolak kwsp n so on ea.. Berapa basic?? Kira la.. Banyak benefit.. Gym percuma, medical allownce boleh guna for dentist(tak semua company boleh) setiap bulan ada lunch percuma(birthday party).. TERTARIK TAK??😁

Tapi.. Setiap kerja ada juga buruk baik dia.. Kita tak kan dapat semua yang kita nak lah.. How you adapt to tht situation?? Yang tu penting.. Fyi, cgpa aku 2nd class je, jangan bagi banyak alasan, try je.. Dapat tak dapat belakang cerita..



Acahkan.. Haha.. Malas nak cari gambar.. Bulan ni aku baru confirm.. Akhirnya tamatlah my 6 month probation.. Ok.. Probation aku awal sebulan.. 5 month.. 

Sunday, 9 December 2018

Motor hilang!!! Apa nak buat ni??

OMG, MOTOR HILANGGGGGG....


Guysssss... So long la not write anything at here.. Btw, ada lagi ke yang layan blog zaman la ni.. Almost two years.. The hectic year in my life,career and relationship.. Tamat sudah perjuangan DEGREE, terus kerja FnB since tak nak dituduh belia yang MEMILIH KERJA.. After a year, dapat tawaran kerja Top Glove Sdn Bhd.. Rezeki kan.. Tapi tu lah.. Kadang-kadang ada yang bukan rezeki kita, dipinjam kan sementara.. Contoh??? Haaa.. Ni nak cerita ni..





Yes.. My R25.. Hilang😭😭.. Perempuan punya mindset, motor besar kot, orang nak angkat macam mana..(mohon la sesangat tambat motor2 anda) Sekali.. Lesap.. Hilang pulak sehari before raya, lagi la sis haru.. Time hilang confuse, ea la sedar hilang kol 5 pagi kot, last tengok motor kol 3 pagi still ada.. WAHAI PENCURI,aku redha tapi aku tetap tak halal kan selagi engkau tak minta maaf..

Biar lah, bukan rezeki kan.. Insurans pun dah dapat.. Haa.. 4 month++ baru settle semua.. Lama ke sekejap? Entah lah.. Mangsa yang kehilangan motor, baru pakai 2 minggu ni.. Terasa lama la.. Sebab nak tak nak bulan2 kene bayar gak..

So, ni sis nak kongsi tip-tip dari awal sampai la akhir proses yang aku tempuh nak claim insurans. Entry ini sangat lah panjang sebab nya, sebagai seorang perempuan yang merantau di tempat orang, susah nya nak survive untuk benda yang macam ni. Blog2 juga yang membantu sis nak buat apa sepanjang motor hilang tu.. So ladies, stay strong..

LETS START.

Motor aku hilang 15/6/18(3-5 pagi). Masa motor hilang, ayat cliche macam biasa lah, tenang dulu.. Check mana tempat uoll park,ada bagi orang pinjam tak,kene tarik ke(kes tak bayar hutang bank).. Gurau2.. Check first,confirm tak ada..Buat report polis dalam masa 24 Jam hilang. Cuba lah cari tapi macam aku ni datang puchong sensorang, redha je la.. Memang tak akan jumpa da. But still memang kita claim insurans tapi bulan2 tu korang still kene bayar ea.. Wajib..

Kronologi.😅
15/6/18
3-5 pagi : Baby Blue i hilang.
8 pagi : Buat report di balai polis puchong jaya. Report di transfer ke balai polis seri kembangan.
12.30 tgh hari : Jumpa IO di balai polis seri kembangan. Kena buat report balik. (seeloknya report tu terus minta cop rasmi sebab masa hantar dekat insuran kena cop dulu. Kena bayar RM 2 dan terus dapat)
Tapi macam kes aku,esok raya kan, tak ada pegawai hold lah dulu. Di sebab kan i wanita bekerjaya, insurans ni tak boleh settle dalam masa yang terdekat.

28/6/18
10 pagi : Minta cop rasmi di Balai polis seri kembangan.
11 pagi : Hantar surat report ke insurans. Macam aku, aku pergi Allianze Subang Jaya sebab itu yang terdekat.(ps: dia akan ambik report yang ori, so kene photostat dulu) dan bawak lak document motor tu semua, dirang tak kan ambik yang ori,dorang nak yang copy sahaja.

Dah settle maka bermula kesusahan yang sebenar,dan dalam proses ini lah ko rasa nak maki pencuri tu..

Pihak insurans akan bagi email macam ni..

Ok, dalam tu ada document apa yang dia nak. Tak payah gelabah sangat nak buat semua tu dulu.. Hold and hidup seperti biasa dulu.. Sebab apa, selagi IO tak keluar report bahawa motor memang dah tak dijumpai, selagi tu semua ni sia2.. Haha.. Report tu tak kan terus keluar ea.. Ada certain orang kata kena follow up.. Macam aku, bukan malas.. Kalau aku follow up beriya sakit hati, transport dah la tak ada.. So aku tunggu 3 bulan. Bukan lama pun kan.. Sempat lah bayar  dua bulan duit motor tu.

1/10/18( yang ni hectic)
1)Jumpa IO minta report kenderaan tak dijumpai.
2)Pergi JPJ buat  detail kenderaan yang ni kene bayar RM 20 
3)Pergi Aeon credit (kalau motor masih ada hutang) settle surat menyurat.. Surat apa?? Balik ke email tu.. Dia ada suruh sedia kan borang.. Copy of hire purchase   macam tu lah.. Ni pihak yang korang berhutang lah.. Pasti kan apa yang insuran email tu korang print dan sediakan.. Semua dah ada dekat email ea..

Semua ni dapat hari tu juga ea.

30/10/18
Pagi : Hantar segala ori document,ori kunci dekat insurans.

12-15/11/18 : Duit dah credit ke akaun. Bukan akaun kita,tak payah berangan. Akuan yang korang hutang tu..

Tamat la..

Macam kes aku, motor tu bayar pun baru 4 kali.. Total yang aku kene bayar dalam 8k++ gak.. Sedih kan.. Duit macam tu je terbuang.. Tapi nak buat macam mana.. Kene berhati2 la.. Dan sebab aku bekerja jadi susah nak curi masa sebab tu benda boleh settle sekejap kena hold dulu.. Rasa nya yang kene tunggu cume report dari IO je.. Yang lain sekejap je.. Harap entry ni membantu lah ea.. Btw, geng yang hilang motor tu.. Kita senasib, i paham perasaan tu.. 😅 

Thursday, 13 April 2017

ESCAPE TO SUNWAY LAGOOOOOOOONNNNN

fuuuuuuuuuuu...berhabuk sudah blog ini.there are to many thing happen in my life so tak dan la nak ber blog bagai. fb,ws pun jarang sangat check. ptptn kene tarik, kena buat part time, gagal dalam percintaan(aikkkk, tetiba pulak). hahaha. next entry la pulak kita cerita.

Entry kali ini, tentang lawatan sambil belajar( ponteng kelas an, belajar main air la kot) ke Sunway lagoon with my partner's in crime. Ladies 312. Sebenarnya, weoulll tak rancang apa2 pun nak berdolan-dolan. ntah macam mane tetiba dah TERTEMPAH tiket. Kami book tiket yang RM 50 but pada hari selasa je validity nya. (sekarang ni da RM 60 ea- bln 4 2017). So, pada tanggal 6 Sept 2016 berjuang lah anak2 dara seramai 5 orang ke Sunway lagoon dengan menaiki motosikal. Merempit uoll.

                                  p/s : acah2 rider pakai OAKLEY pinjam..hahaha

Berjalan2 la kami sepanjang disana, main air sampai kecut. Personally, pengalaman yang sangat berharga. sesekali dibuat ketika study. ponteng kelas n berjalan dengan member. (jangan tiru aksi kami). TAPI, orang tua2 cakap, buat jahat jangan sekali. Mengada2 sangat memonteng la, keluar tak bagi tahu parent( memang tak la parent nak bagi,ponteng kelas satu, bawa moto pergi jejauh satu hal), masa balik dari sunway macam musibah mendatang. Kena saman polis, member tertinggal kat belakang, kunci moto hilang. Adoi, macam2..haha..tapi...itu lah yang nak di kenangnya..iye ke idok..haha..all right.. sampai sini je la..next entry nak story morry pasal produk muka yang iollll pakai YADAH SKINCARE.








Sunday, 3 January 2016

My review : Fantabulous Skincare (FBS)

KULIT GELAP,JERAWAT,BERMINYAK(cap seri murni)!!!!

Bila da masuk U ni..baru la reti nak jaga kulit..jaga penampilan..kalau tak dulu selekeh gila..sebab tu agaknya dia tinggalkan aku dulu..(sis redha)..la ni baru lah telan supplement, pakai skincare bagai..Nampak tak?

Sebenarnya da macam2 skincare aku guna before aku guna FBS ni.Tapi FBS ni yang paling lama la..Since Sept 2013 until Jan 2016,lebih kurang 2 tahun ++.aku guna FBS ni dari sem 1 di UPM.


Ni supplement dan produk FBS yang aku guna. Ni set exclusive yang ke 3 uolll.. CPG obcession tu pun produk FBS tau.

Selama aku pakai nak dekat 3 tahun ni, alhamdulillah pori-pori di muka semakin mengecil, jerawat susah gila la nak mencanak di muka ni(amboi bahasa..hahaha),kulit tak kusam.

TAPI.....

Produk ni tak dapat kurangkan minyak di muka aku dan proses pencerahan yang lambat(mungkin sebab produk ni kurang bahan kimia.

KURANG??maksud nya ada bahan kimia ke??

Mari Miss Chemist terangkan..kalau promoter tu bagi tahu korang,skincare ni 100% organic la, neutral product la..tak payah nak percaya sangat..sedikit sebanyak mesti ada bahan kimianya..bezanya BAHAYA atau tidak je.

Produk FBS ni memang bebas bahan kimia yang berbahaya dan penggunaan bahan kimia dalam produknya terkawal, produk bumiputera dan HALAL.(korang jangan nak makan lak)

Part time lepas matrikulasi (2013)

part time lepas matrik (2013) p/s: tolong telengkan kepala anda.
Ni gambar sebelum guna FBS. masa ni lepas matrikulasi.alang2 tunggu panggilan ke U tu kerja la dulu.untung2 kuar handphone sebijik. Time ni jerawat jangan cakap.ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.dapat lak owner tangan ni gatal memicit.tinggal bekas.pori-pori kat muka jangan cakap lah,besar gedabak.Time ni level confident teramatlah rendah.sobsobsob



Muka tak siap,pakai day cream dan lip balm sebab bangun lambat nak buat test.

Glowing tak mak..hihi


JANGGGGGG...Ni gambar lepas guna FBS..100% TAK FILTER..ni kesan pengcahayaan dari lampu dan matahari..hahaha..aku jenis yang simple bila ke kelas..Makeup yang aku pakai lip tint,eyeliner,foundation FBS,revlon compact powder/bedak carrie junior(hihi).Mana dan nak touch up ni kelas pagi,bangun lak lambat.haha..
kalau malas sangat kadang2 aku pakai day cream FBS je..tu paling malas la tu..

foundation FBS ni best gile (pada aku la).sebab nya muka kita akan glowing lepas pakai,even da lama guna.selama guna FBS ni,bekas jerawat pudar,pori semakin kecil,kadang2 nampak smooth je muka ni..

Kalau korang jenis rajin usha review mesti dorang akan tanya produk ni pengelupas atau tak..masa aku pakai TIADA PENGELUPASAN langsung just nampak kusam je la sebab tak boleh pakai bedakkan.

Konklusi nya,produk FBS ni bagus sebenarnya sebab kandungan dalam produk ini selamat. Satu set exclusive aku pakai tahan 5-6 BULAN ko.. Boleh dikatakan banyak kesan positif TAPI aku ingat nak cuba produk lain sebab FBS tak dapat kawal minyak kat muka aku.Produk apa?????TUNGGU next post.. Belilah barang bumiputera(kawan aku pakai produk france,habis beriban TAPI kulit dia makin teruk,last2 kena buat treatment beratus2 lesap)..Good luck bagi mereka yang ingin mencuba





Kenal-kenal jom..

My first blog.. Tahun baru jadi azam pun baru. Tahun ni saya berazam untuk rajin tulis blog. APA?? Attention seeker?? Sorry..kesah pulak saya. Tujuan saya menulis semata-mata ingin berkongsi ilmu. perkara yang sering terlintas di kepala namun sayang nya tak ada siapa yang sudi memberi penjelasan. Jadi elakkan cakap kosong ibarat 'MENTERI PASOLA'..(eh,analogi baru..hihihi)..Saya harap blog saya membantu sedikit sebanyak..


Tuan tanah nak selfie.Orang dulu2 pernah berkata-kata..Tak kenal maka tak cinta..
Hola..I'm Suhada. Wo de mingzi Suhada. I'm a UPMian..proud to be one..(jujur dari hati ni).
Saya ambil course Bacelor Sains (kepujian) Kimia Petroleum..(course macam gah je kan)..Nanti saya kongsi tentang kursus ini.Mana lah tahu ada adik2, abang2, kakak2 yang berkenan nak ambik course ni ke.(saya promoter tak berbayar,jangan risau)


MY DREAM CARIER

Impian dihati nak kerja offshore.Namun banyak rintangan yang dihadapi. Dengan krisis kewangan Malaysia, krisis OPEC. Tak apa..usaha dan In Shaa Allah usaha tu akan membuahkan hasil. Kenapa pilih carier OFFSHORE? sebab dulu kecik2 macam orang minyak sikit..hihi..asal kena marah dengan mama je nak lari rumah..boleh dikatakan lepas spm tak nak pilih tempat yang dekat2 dengan rumah..last2 belajar kat UPM ni..boleh dikatakan setiap minggu balik..(ko pikir ko boleh berdikari..nak jauh2 dari rumah konon..haha).. ok, apa aku merepek ni..Sebab saya pilih carier ni..Saya suka perkara yang adventure,perkara yang perlukan pengorbanan dan yang typical girl tak suka dan tak terpikir pun nak suka. Jadi spesis2 manusia macam saya ni ialah EXTRAORDINARY WOMAN.