Sunday, 9 December 2018

Motor hilang!!! Apa nak buat ni??

OMG, MOTOR HILANGGGGGG....


Guysssss... So long la not write anything at here.. Btw, ada lagi ke yang layan blog zaman la ni.. Almost two years.. The hectic year in my life,career and relationship.. Tamat sudah perjuangan DEGREE, terus kerja FnB since tak nak dituduh belia yang MEMILIH KERJA.. After a year, dapat tawaran kerja Top Glove Sdn Bhd.. Rezeki kan.. Tapi tu lah.. Kadang-kadang ada yang bukan rezeki kita, dipinjam kan sementara.. Contoh??? Haaa.. Ni nak cerita ni..





Yes.. My R25.. Hilang๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ.. Perempuan punya mindset, motor besar kot, orang nak angkat macam mana..(mohon la sesangat tambat motor2 anda) Sekali.. Lesap.. Hilang pulak sehari before raya, lagi la sis haru.. Time hilang confuse, ea la sedar hilang kol 5 pagi kot, last tengok motor kol 3 pagi still ada.. WAHAI PENCURI,aku redha tapi aku tetap tak halal kan selagi engkau tak minta maaf..

Biar lah, bukan rezeki kan.. Insurans pun dah dapat.. Haa.. 4 month++ baru settle semua.. Lama ke sekejap? Entah lah.. Mangsa yang kehilangan motor, baru pakai 2 minggu ni.. Terasa lama la.. Sebab nak tak nak bulan2 kene bayar gak..

So, ni sis nak kongsi tip-tip dari awal sampai la akhir proses yang aku tempuh nak claim insurans. Entry ini sangat lah panjang sebab nya, sebagai seorang perempuan yang merantau di tempat orang, susah nya nak survive untuk benda yang macam ni. Blog2 juga yang membantu sis nak buat apa sepanjang motor hilang tu.. So ladies, stay strong..

LETS START.

Motor aku hilang 15/6/18(3-5 pagi). Masa motor hilang, ayat cliche macam biasa lah, tenang dulu.. Check mana tempat uoll park,ada bagi orang pinjam tak,kene tarik ke(kes tak bayar hutang bank).. Gurau2.. Check first,confirm tak ada..Buat report polis dalam masa 24 Jam hilang. Cuba lah cari tapi macam aku ni datang puchong sensorang, redha je la.. Memang tak akan jumpa da. But still memang kita claim insurans tapi bulan2 tu korang still kene bayar ea.. Wajib..

Kronologi.๐Ÿ˜…
15/6/18
3-5 pagi : Baby Blue i hilang.
8 pagi : Buat report di balai polis puchong jaya. Report di transfer ke balai polis seri kembangan.
12.30 tgh hari : Jumpa IO di balai polis seri kembangan. Kena buat report balik. (seeloknya report tu terus minta cop rasmi sebab masa hantar dekat insuran kena cop dulu. Kena bayar RM 2 dan terus dapat)
Tapi macam kes aku,esok raya kan, tak ada pegawai hold lah dulu. Di sebab kan i wanita bekerjaya, insurans ni tak boleh settle dalam masa yang terdekat.

28/6/18
10 pagi : Minta cop rasmi di Balai polis seri kembangan.
11 pagi : Hantar surat report ke insurans. Macam aku, aku pergi Allianze Subang Jaya sebab itu yang terdekat.(ps: dia akan ambik report yang ori, so kene photostat dulu) dan bawak lak document motor tu semua, dirang tak kan ambik yang ori,dorang nak yang copy sahaja.

Dah settle maka bermula kesusahan yang sebenar,dan dalam proses ini lah ko rasa nak maki pencuri tu..

Pihak insurans akan bagi email macam ni..

Ok, dalam tu ada document apa yang dia nak. Tak payah gelabah sangat nak buat semua tu dulu.. Hold and hidup seperti biasa dulu.. Sebab apa, selagi IO tak keluar report bahawa motor memang dah tak dijumpai, selagi tu semua ni sia2.. Haha.. Report tu tak kan terus keluar ea.. Ada certain orang kata kena follow up.. Macam aku, bukan malas.. Kalau aku follow up beriya sakit hati, transport dah la tak ada.. So aku tunggu 3 bulan. Bukan lama pun kan.. Sempat lah bayar  dua bulan duit motor tu.

1/10/18( yang ni hectic)
1)Jumpa IO minta report kenderaan tak dijumpai.
2)Pergi JPJ buat  detail kenderaan yang ni kene bayar RM 20 
3)Pergi Aeon credit (kalau motor masih ada hutang) settle surat menyurat.. Surat apa?? Balik ke email tu.. Dia ada suruh sedia kan borang.. Copy of hire purchase   macam tu lah.. Ni pihak yang korang berhutang lah.. Pasti kan apa yang insuran email tu korang print dan sediakan.. Semua dah ada dekat email ea..

Semua ni dapat hari tu juga ea.

30/10/18
Pagi : Hantar segala ori document,ori kunci dekat insurans.

12-15/11/18 : Duit dah credit ke akaun. Bukan akaun kita,tak payah berangan. Akuan yang korang hutang tu..

Tamat la..

Macam kes aku, motor tu bayar pun baru 4 kali.. Total yang aku kene bayar dalam 8k++ gak.. Sedih kan.. Duit macam tu je terbuang.. Tapi nak buat macam mana.. Kene berhati2 la.. Dan sebab aku bekerja jadi susah nak curi masa sebab tu benda boleh settle sekejap kena hold dulu.. Rasa nya yang kene tunggu cume report dari IO je.. Yang lain sekejap je.. Harap entry ni membantu lah ea.. Btw, geng yang hilang motor tu.. Kita senasib, i paham perasaan tu.. ๐Ÿ˜… 

No comments:

Post a Comment